Assalamualaikum..
kepada semua, marilah kita menghayati kisah salah seorang jemaah masjid yang bergantung harapan untuk bergerak hanya dengan mengunakan kerusi roda akibat lumpuh kedua-dua kaki yang dihadapinya selama lebih kurang dua tahun. Dahulunya beliau bekerja sebagai tukang gunting rambut, tetapi sekarang tidak lagi kerana tidak sihat. Pendapatan yang diterimanya sekarang daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pontian berjumlah RM300 sebulan dengan tanggungan seorang isteri yang juga tidak sihat dan rumah sewa yang didiami perlu dibayar RM150 sebulan tidak mampu ditanggung olehnya.
Saya bertanyakan kepada pak cik tersebut "Pak cik ada berapa orang anak?"
jawabnya "tak usah sebut hal anak.... anak saya tidak lagi datang melawat saya", jawabnya sambil menangis kesedihan.
Dalam keadaan ini dia hanya mampu berkerusi roda di jalan raya untuk ke masjid sejauh 200m dari rumahnya ke masjid, apabila tiba di masjid dia turun daripada kerusi roda dan mengesotkan badannya masuk ke dalam masjid bersendirian. Tetapi saya juga bersyukur apabila terdapat jemaah-jemaah masjid yang datang pada waktu solat Jumaat menghulurkan sedikit bantuan kewanagan kepada pak cik tersebut. Marilah kita hayati kisah ini dan fikir-fikirkanlah kepada kita yang masih sihat dan masih bekemampuan ini untuk ke masjid sebelum terlambat.
Nama : Atan Bin Awang
Umur : 86 tahun
Berasal : Bukit Gambir Muar Johor
Isteri : Maimunah Bt Gudat
Umur : 76 tahun
Berasal : Kampung Jelutong, Ayer Baloi, Pontian Johor
Alamat : No 2 , Barit Ataia, Pulai Sebatang, Pontian Johor.
No comments:
Post a Comment