Majlis hari terbuka Pusat Jalur Lebar Komuniti PJK Kg Pulai Sebatang pada 24 hb Disember 2010 , PJK adalah dinaungan Masjid ia bertujuan memperkenalkan kepada wakil-wakil komuniti khasnya dan juga kepada komuniti secara amnya. PJK merupakan projek yang dilaksanakan melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat PPS di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM. Telekom Malaysia Berhad TM dilantik sebagai kontraktor utama manakala MSD Technology Sdn Bhd MSDT sebagai penyelaras program. Projek PJK ini memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan capaian internet di kawasan luar bandar. Kemudahan capaian internet ini akan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat di kawasan sekitar dan membantu melahirkan masyarakat berilmu selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar .